Friday, February 16, 2007

TAKAFUL - PILIHAN MENEPATI SYARA'

TAKAFUL - PILIHAN MENEPATI SYARA'
eTiQa Takaful Sebagai Pilihan
Takaful adalah berlandaskan kepada syariah Islam. Ianya tidak melibatkan unsur-unsur seperti perjudian, ketidakpastian dan riba. Kejayaan sistem insurans konvesional pada tahun-tahun sebelum ini tidak membawa apa-apa erti kepada umat Islam kerana sifatnya yang tidak menepati kehendak islam. Walaubagaimana pun, oleh kerana pada suatu ketika dahulu, pada masa takaful belum diwujudkan lagi, sesetengah ulama' berpendapat bahawa penyertaan ke dalam sistem insurans konvensional adalah darurat.Persidangan Ulama Malaysia kali ke 16 pada 15-16 Februari 1979, mengambil keputusan seperti berikut;Insuran nyawa (Life Insurance) sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu;
Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
Mengandungi unsur judi.
Mengandungi muamalah riba.
Tetapi, dengan wujudnya sistem insurans Islam (takaful), penyertaan ke atas sistem insurans konvensional tidak lagi danggap darurat dan hukumnya haram. Sebagai umat Islam yang cintakan agama, kita perlu menilai perkara- perkara yang tertentu agar ianya tidak bercanggah dengan agama Islam itu sendiri.

No comments: