Friday, February 16, 2007

sambungan kelebihan menyertai TAKAFUL...

12. Menikmati Perkongsian Untung (Mudharabah)
Para peserta akan menikmati hasil keuntungan pelaburan yang tidak bercanggah dengan syarat mengikut kadar Mudharabah yang telah dipersetujui oleh peserta dan syarikat. Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Takaful Nasional (win-win situation)
13. Amal Jariah (Tabbaru'at)Falsafah
Takaful mementingkan niat ikhlas untuk membantu di antara satu sama lain. Justeru, sumbangan kewangan untuk tujuan ini adalah berdasarkan kepada semangat tabarru' (derma) sesama umat Islam. Mengikut perkiraan secara komprehensif, peserta menyumbangkan amal jariah mereka sebanyak RM0.03 pada setiap satu saat sepanjang tempoh sumbangan.
14. Perlindungan 24 Jam dan di Seluruh Dunia
Berbeza dengan beberapa syarikat insurans konvensional yang lain, Takaful Nasional memberi perlindungan 24 jam sehari dan di mana jua peserta berada sama ada di dalam atau luar negara.

No comments: