Friday, February 16, 2007

sambungan...

8. Pengharaman Insurans Konvensional
Menurut Fatwa KebangsaanSemasa persidangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-16 pada 15hb. Februari 1979, Insurans Hayat telah diharamkan kerana ianya bercirikan sistem muamalat yang fasid (rujukan: JAKIM 4000/1/4 Jilid 7). Dalam petikan Khutbah Jumaat pula oleh Datuk Haji Tamyiz Bin Abdul Wahid, Mufti Negeri Selangor pada 12 Mei 2000 antara lain menyebut "Ulama feqah telah memutuskan bahawa sistem insurans yang boleh diterima mengikut landasan syariah hendaklah berasaskan konsep takaful".
9. Perlu Bijak Dunia dan Akhirat
Seandainya anda membuat perlindungan di bawah syarikat insurans konvensional, anda cuma bijak di dunia. Akan tetapi sekiranya anda menyertai Takaful Nasional pada hari ini, insyallah anda akan bijak di dunia dan juga selamat di akhirat kelak (Menawarkan khidmat rundingan 'penghijrahan' daripada syarikat insurans Konvensional kepada Takaful ).
10. Bersih Zakat
Sumbangan yang dibuat setiap bulan secara tidak langsung, pihak Takaful Nasional telah membantu membersihkan harta kita melalui zakat dalam tabungan Takaful.
11. Pengecualian Cukai Pendapatan
Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pihak Takaful Nasional akan mengeluarkan Penyata Bayaran Tahunan untuk dikepilkan bersama Borang Cukai Pendapatan bagi tujuan pengecualian cukai.

No comments: