Friday, February 16, 2007

ANTARA KELEBIHAN MENYERTAI eTiQa Takaful

1. Mendapat Manfaat Penyakit Kritikal
Peserta yang disahkan mendapat penyakit kritikal tahap-3, boleh membuat tuntutan untuk menjalani rawatan hospital.
2. Manfaat Indemniti akibat kemalangan
Sekiranya peserta terlibat dalam kemalangan, boleh membuat tuntutan berdasarkan tahap-tahap kecederaan atau berlaku mana-mana kecacatan terhadap anggota badan.
3. Manfaat Khairat Kematian
Sekiranya peserta meninggal dunia semasa tempoh polisi takaful masih lagi sah, maka keluarga peserta tersebut boleh membuat tuntutan khairat kematian. Khairat kematian akan diberikan kepada penama (waris) yang tercatat didalam dokumen takaful peserta
4. Mendapat Manfaat Elaun Hospital
Kepada peserta yang menjalani rawatan di hospital kerajaan ataupun swasta lebih daripada 6 jam, boleh membuat tuntutan elaun hospital mengikut hari semasa mendapat rawatan. Sekiranya peserta menerima rawatan kurang daripada 6 jam, tidak boleh membuat tuntutan elaun hospital.
5. Operasi Takaful dipantau sepenuhnya oleh Majlis Pengawasan Syariah
Simpanan, Pelaburan dan Jaminan Perlindungan yang anda sumbangkan tidak perlu diragui lagi kerana diiktiraf oleh Majlis Pengawasan Syariah yang diketuai oleh Datuk Seri Hj. Harussani Hj. Zakaria, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

No comments: