Friday, February 16, 2007

sambungan...

2 – Judi
Iaitu apabila pihak yang memeterai perjanjian tidak membuat apa-apa tuntutan dalam tempoh yang ditetapkan maka dia tidak akan mendapat apa-apa manfaat walaupun sebelum ini dia telah membayar caruman kepada syarikat. Maka caruman itu dikira hangus begitu sahaja, kecuali jika pihak yang mencarum tersebut membuat tuntutan disebabkan sesuatu musibah dalam tempoh tertentu. Konsep membayar tuntutan hanya apabila berlaku musibah dan tanpa tuntutan ianya dikira hangus, maka ianya sama dengan konsep perjudian kerana ada unsur pertaruhan.Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quraan AlKarim surah Al-Maidah ayat 90 yang bermaksud :"Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, menyembah berhala dan bertenung nasib adalah amalan keji daripada amalan syaitan. Justeru itu, hendaklah kamu menjauhinya mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan"
3 – Riba
Iaitu mengenakan bayaran tambahan yang tinggi bagi setiap hutang yang diberikan mengikut tempoh yang dipersetujui oleh pihak yang terlibat dengan urusan tersebut. Ia merupakan satu amalan yang diharamkan oleh syarak dalam aktivit-aktiviti kewangan dan pelaburan sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quraan AlKarim surah Al-Baqarah ayat 278 yang bermaksud :"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba (dalam urusan kamu) sekiranya kamu benar-benar orang yang beriman"

No comments: