Friday, February 16, 2007

Sambungan Ciri-Ciri TAKAFUL

--Konsep Tabarru'--
Bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha. Ia dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling bantu membantu. Takaful Nasional berperanan sebagai pengendali tabung tabarru'. Manfaat akan dibayar menggunakan tabung tabarru'. Tabarru' adalah perkataan Arab bermaksud Membuat Kebajikan / Membuat Derma Bersyarat / Mengurniakan Dengan Redha Sendiri.
Tabarru' dilakukan dengan sedar di atas niat yang suci murni untuk tujuan membantu. Tanpa tabarru' urusan takaful akan menjadi Gharar, sama seperti jualbeli seperti insurans. Dengan konsep tabarru' , unsur Gharar dan Maisir dapat dihindarkan. Daripada tabung tabarru', manfaat dibayar. Melalui tabaru', risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta yang mentabarru' dan bukannya syarikat.
Dengan perlaksanaan tabarru' kita faham bahawa Takaful Nasional bukan menjual insurans Islam tetapi Pengendali tabung tabarru' tersebut. Wujudnya tabarru', peserta akan juga sama memikirkan untuk membantu rakan-rakan yang lain (iaitu semangat bertabarru')· · Wang tabarru' bukanlah kepunyaan syarikat. Syarikat hanya pengendali dan menentukan hak diberikan secara adil.Konsep tabarru' mestilah dihayati. Tanpa penghayatan urusan takaful menjadi tiada beza dari insurans.

No comments: