Friday, February 16, 2007

Konsep Al Mudharabah...

Konsep Al Mudharabah
Perkongsian keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui bersama antara peserta dan syarikat. Mudharabah bermaksud perkongsian untung Nisbah pembahagian bergantung persetujuan bersama - dinyatakan di dalam perjanjian/borang. Mudharabah dikaitkan dengan pelaburan yang bersifat amanah di mana syarikat tidak wajib (tidak dosa/salah) jika tidak diberitahu di mana pelaburan dibuat. Mudharabah berbeza dari musyarakah (joint-venture) di mana kedua-dua pihak perlu tahu di mana pelaburan dibuat. Mudharabah sebagai pengganti dividen atau kadar faedah/bunga Mudharabah dibenarkan oleh agama
Dalam mudharabah - nisbah ditentukan sementara nilai tidak ditentukan - bergantung kepada keuntungan. Pembahagian secara mudharabah lebih adil. Pengiraan mudharabah bermula dari tarikh sumbangan dibuat. Pembayaran mudharabah dibuat terus kepada peserta.

No comments: