Tuesday, February 20, 2007

sambungan (laporan akhbar)

Seramai 24 pegawai sulh menerima sijil itu selepas mengikuti kursus intensif lima hari dan lulus ujian penilaian dikendalikan perunding, The Accord Group dari Australia.Sheikh Ghazali berkata, beliau sudah membentangkan cadangan itu dalam dua seminar lalu dan bercadang memanjangkannya kepada kerajaan.
“Setakat ini, saya cakap dalam seminar saja, tetapi insya-Allah kita akan buat susulan. Saya pun dah bincang dengan Takaful,” katanya.
Tahun lalu, beliau mencadangkan bakal pengantin lelaki Islam mungkin perlu mengambil insurans sebelum bernikah bagi menjamin masa depan isteri dan anak apabila berlaku perceraian atau kematian.
Mengenai pegawai sulh, Sheikh Ghazali berkata, seramai 102 pegawai itu akan ditempatkan di semua mahkamah syariah di seluruh negara secara berperingkat.Katanya, ketika ini lebih 30 pegawai sulh ditempatkan di mahkamah syariah di Wilayah Persekutuan, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.Peranan pegawai itu antara lain bertindak sebagai orang tengah untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Harian Metro, 15 Februari 2007

No comments: