Friday, February 16, 2007

SAMBUNGAN PRINSIP TAKAFUL...

Saling Lindung-melindungi
Peserta Takaful juga bersetuju untuk saling lindung melindungi di antara satu sama lain dari sebarang kesusahan, bencana dan sebagainya. Keselamatan atau keamanan merupakan suatu keperluan tabi'i di dalam kehidupan manusia, sebagaimana mencari rezeki. Firman Allah di dalam surah Quraisy memberi janji keselamatan dari ancaman kelaparan dan ketakutan. Lapar adalah gambaran kepada keperluan jasmani dan takut adalah gambaran keperluan rohani. Kedua-dua perkara ini tidak boleh diabaikan kerana kesannya terhadap kehidupan amat bahaya. Di antara sabda Rasulullah s.a.w yang mengandungi maksud sedemikian ialah:
"Sesungguhnya seorang yang beriman ialah sesiapa yang boleh memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia" - (Riwayat Ibnu Majah)

No comments: