Friday, February 16, 2007

Khutbah Jumaat mengenai Insurans

Khutbah Jumaat - Insurans menurut pandangan Islam
Disahkan oleh Datuk Haji Tamyiz bin Abdul Wahid, Mufti Kerajaan Negeri Selangor
Dibaca di Masjid Besar Shah Alam 12hb. Mei, 2000
Sidang Jumaat yang dihormati Allah
Umat Islam wajib mengamalkan ajaran dan peraturan yang ditetapkan oleh Islam sepenuhnya dalam semua aspek kehidupan termasuklah sistem kewangan dan sistem perlindungan insurans yang berlandaskan kepada syariat atau hukum syarak. Hal ini amat penting dipraktikkan demi membina ekonomi Islam yang lengkap untuk kemudahan umat. Memandangkan perlindungan adalah satu keperluan dan tidak boleh diambil ringan oleh setiap anggota masyarakat bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya musibah atau tragedi maka salah satu bentuk perlindungan yang boleh disertai selama ini oleh umat Islam ialah insurans.
Insurans boleh difahami sebagai satu akidah di mana satu kumpulan masyarakat berikrar untuk mengumpul segala usaha dan sumber untuk mengwujudkan satu pakatan untuk saling bekerjasama sesama mereka jika ditakdirkan sesiapa sahaja di antara mereka ditimpa musibah. Melalui pakatan ini, ahli kumpulan yang dilanda musibah itu akan mendapat manfaat perlindungan yang biasanya dalam bentuk sejumlah wang. Dengan adanya manfaat seumpama ini diharapkan apa-apa bebanan yang terpaksa dipikul akibat musibah yang menimpa akan dapat diringankan.

No comments: