Tuesday, February 20, 2007

Laporan Akhbar Terkini

Bayar cagaran untuk anak
Oleh Manan Samad

PUTRAJAYA: Suami beragama Islam wajar dikenakan bayaran cagaran atau jaminan berbentuk insurans bagi setiap anak mereka, bagi memastikan isteri tidak menjadi mangsa apabila berlaku kejadian tidak diingini seperti perceraian, kematian atau kemalangan.Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman, berkata pendekatan itu sudah dilakukan di Mesir dan amat sesuai jika diamalkan di negara ini.
“Di sana pasangan yang nak kahwin, si lelaki dikehendaki membayar RM100, kemudian selepas dapat anak kena bayar RM30 (bagi setiap anak), selepas cerai kena bayar lagi. Semua duit dikumpul dan dimasukkan dalam tabung khas yang diuruskan di Bank Nasr.
“Kita juga boleh buat sama di Malaysia, mungkin bila bercerai kena bagi banyak sikit, katakan RM200. Hasilnya masuk dalam satu tabung yang mungkin boleh diurus badan seperti Takaful atau buat yayasan untuk melabur balik seperti PNB (Permodalan Nasional Berhad).
“Sumber lain, kerajaan boleh bagi geran, zakat boleh beri, keuntungan dividen boleh disumbang semula kepada tabung atau sumbangan daripada orang kaya. Jadi bila berlaku musibah, mahkamah boleh perintah tabung bayar.
“Ini sesuai dengan peruntukan sedia ada iaitu isteri boleh mohon kepada mahkamah, suami atau orang yang bertanggungjawab untuk meletak satu cagaran yang boleh jamin dapat nafkah jika berlaku sesuatu musibah,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Sijil Kursus Pengurusan Mediasi JKSM di sini, semalam.
bersambung...

No comments: