Friday, February 16, 2007

sambungan...

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Majlis Akadami Feqah Al-Islam yang dihadiri oleh pakar perundangan syariat dalam pelbagai disiplin ilmu dari seluruh dunia dalam satu persidangan pada bulan disember 1985 telah memperakukan bahawa perjanjian insurans yang mengandungi tiga unsur yang disebutkan tadi adalah tidak selari dengan landasan syariat. Insurans yang harus di sisi Islam hendaklah semestinya berlandaskan kepada prinsip kerjasama. Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud :
"Bekerjasamalah kamu dalam perkara-perkara kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bekerjasama dalam perkara-perkara dosa dan yang boleh menimbulkan permusuhan. Sesungguhnya Allah amat keras siksaNya"
Berdasarkan maksud ayat Al-Quraan tersebut, agama Islam menghendaki umatnya agar bekerjasama dan saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam hal-hal kebajikan dan sebaliknya melarang kita bantu-membantu dalam melakukan kejahatan serta bermusuh-musuhan. Dalam masyarakat Melayu, amalan bantu-membantu dalam kebajikan ini sudah lama dilaksanakan. Pepatah Melayu ada menyebut :"Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni. Setitik jadikan selaut. Sekepal jadikan segunung"

No comments: