Friday, February 16, 2007

sambungan khutbah jumaat....

Misalnya bagi meringankan beban kerja dan menjimatkan belanja maka usaha bergotong-royong oleh penduduk sesebuah kampung dalam sesuatu aktiviti kemasyarakatan menjadi amalan biasa satu ketika dahulu. Begitu juga dengan tabung khairat kematian yang diwujudkan di kampung-kampung yang biasanya berpusat di masjid atau surau bagi mambantu waris atau tangungan mana-mana ahli kariah ayng meninggal dunia. Melalui tabung khairat kematian ini, ahli-ahli akan mambayar sejumlah wang dan daripada wang yang terkumpul inilah kahirat kematian akan dibayar kepada ahli waris yang meninggal dunia itu.Berdasarkan hakikat ini, insurans secara Islam hendaklah berasaskan prinsip saling bekerjasama dan bantu-membantu dan berpandukan ciri-ciri ini jugalah maka ulamak feqah memutuskan bahawa sistem insurans yang boleh diterima mengikut landasan syariat hendaklah berasaskan kepada konsep Takaful. Justeru itu, menjadi kewajipan kepada seluruh umat Islam untuk menyertai perlindungan insurans itu tidak menyimpang daripada landasan syariat yang sebenarnya.

Any comment please send an email to: amien_millionaire@yahoo.com

No comments: