Friday, February 16, 2007

sambungan...

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Sesetengah orang mempertikaikan apakah sistem yang wujud dalam insurans ini sebenarnya datang dari Islam atau rekaan dari Barat ? Sebenarnya sistem perlindungan yang disebut insurans ini berasal dari kaedah yang digunakan oleh pedagag-pedagang Arab di Tanah Arab sebelum kedatangan Islam lagi. Mereka merupakan generasi pertama yang mempraktikkan konsep perlindungan selama ini. Mereka berdagang dengan merentasi padang pasir, membawa barang dagangan menggunakan unta, mengembara daripada sebuah negeri ke sebuah negeri yang lain secara berkumpulan (khafilah). Dalam menjalankan urusniaga seperti ini mereka sentiasa terdedah kepada kemungkinan berlakunya pelbagai bahaya, musibah dan bencana seperti rompakan oleh lanun padang pasir, dilanda ribut padang pasir, pembunuhan dan lain-lain ancaman sehingga boleh menyebabkan bukan sahaja kerugian, kemusnahan dan kehilangan barang dagangan mereka, malah juga boleh mendatangkan ancaman kepada nyawa pedagang-pedagang itu sendiri.Bagi mengatasi atau meringankan ancaman dan bebanan ini maka pedagang-pedagang Arab pada ketika itu telah saling berpakat antara mereka mengagih-agihkan barang dagangan kepada beberapa khafilah atau rombongan perniagaan.
Oleh itu jika ditakdirkan berlaku sesuatu musibah ke atas mana-mana khafilah, maka kerugian, kemusnahan dan kehilangan harta benda yang dialami hanya sekadar terhad kepada khafilah yang ditimpa musibah itu sahaja dan tidak kepada khafilah-khafilah yang lain.Apabila agama Islam datang dan seterusnya tertegak negara dan kerajaan Islam di Madinah, maka beberapa sistem yang diamalkan mengikut adat resam Arab sebelum itu terus dikekalkan selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam. Antara sistem ini ialah yang berkaitan dengan prinsip bantu-membantu dan saling bekerjasama di kalangan masyarakat. Di dalam masyarakat kita di kampung-kampung khususnya terdapat juga amalan yang berteraskan prinsip saling bantu-membantu dan bekerjasama sesama ahli masyarakat seperti perlaksanaan tabung khairat kematian.

No comments: